Wednesday, May 27, 2015

Berniaga Tepi Jalan di Bulan Ramadhan?

Kalau tak masuk berniaga kat bazaar Ramadhan boleh ke berniaga tepi jalan di bulan Ramadhan? Boleh je tapi tengoklah produk apa yang nak dijual.

Gambar kucing bengal sekadar hiasan
Bazaar memang jadi tumpuan orang ramai cari juadah berbuka tapi...

Bazaar sekarang dah tak macam dulu. Dulu punya bazaar tak banyak macam sekarang. Sekarang ni setiap taman ada bazaar. Kalau boleh setiap Supermarket/Hypermarket atau mana-mana shopping complex nak buat bazaar kat tempat dorang. Berlambak-lambak bazaar sekarang ni.

Kalau takde peluang nak berniaga di bazaar pun masih boleh berniaga kat tepi jalan. Aku biasa nampak orang berniaga kat tepi jalan masa bulan Ramadhan. Di antara yang biasa aku nampak orang jual lemang dengan ayam golek. Air, kuih-muih dan lain-lain juadah pun ada jugak orang jual kat tepi jalan.

Kalau nak lagi senang, berniaga je depan rumah. Aku sendiri pernah nampak orang berniaga kuih-muih depan rumah masa bulan Ramadhan. Senang je kan berniaga depan rumah tak payah pening-pening kepala nak pergi daftar, nak pilih tapak, nak bayar sewa dll.

Aku pernah nampak ada orang amik kesempatan berniaga kat bazaar Ramadhan walaupun tak berdaftar. Tahun lepas ada orang cina jual durian. Masa daftar tak nampak tapi alih-alih tercongok dia dok jual durian kat bazaar. Selain tu masa hujung bulan Ramadhan time ramai peniaga-peniaga berdaftar under MBJB dah cuti, ada lagi peniaga cina yang jual kek.

Asyik orang cina je, orang melayu pun apa kurangnya. Ada je yang jual satay aku perhatikan sejak dua tahun lepas. Aku tak nampak muka dorang masa daftar tapi tiba-tiba ada pulak dorang jual satay kat bazaar free macam tu je tak bayar sewa. Yang lagi dahsyat, siap ada orang berani langgar peraturan bukak table jual mercun kat bazaar.

Aku bukan dengki pada orang yang berniaga tapi terasa tak adil kalau berniaga hentam kromo macam tu je tak ikut peraturan. Aku dan peniaga-peniaga lain berdaftar bayar sewa kat pihak berkuasa tapi ada yang amik kesempatan berniaga main masuk bazaar macam tu je. Kalau taknak bayar sewa tapak, berniagalah kat tepi jalan atau depan rumah je.

Seandainya tak mampu atau tak berpeluang berniaga di bazaar bukan bermakna tak boleh berniaga langsung. Sila hormat peniaga-peniaga yang bayar sewa dan ada lesen dari pihak berkuasa. Jangan main masuk bazaar bukak table sesuka hati berniaga free macam tu je tanpa lesen. Lokasi alternatif tetap ada untuk peniaga luar bazaar iaitu tepi jalan atau depan rumah. Kalau ada tempat lain lagi yang free untuk berniaga, silakan..

Aku faham perasaan peniaga tepi jalan mahukan perhatian dari orang ramai singgah beli. Aku faham kalau berniaga di bazaar lebih menarik perhatian sebab tu aku sendiri daftar masuk bazaar. Tapi aku tak pandang rendah pun orang yang berniaga tepi jalan di bulan Ramadhan. Walaupun berniaga tepi jalan di bulan puasa tapi insyaAllah tetap ada orang beli jugak.

Suka aku ulang lagi tak dapat berniaga di bazaar bukan bermakna tak boleh berniaga langsung. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Semoga sukses dalam perniagaan di bulan Ramadhan.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.