Monday, May 25, 2015

Daftar Bazaar Ramadhan

Bulan lepas aku ada tanya Abang Sam bila boleh daftar bazaar Ramadhan tahun ni. Dia cakap mungkin bulan 5. Bila masuk bulan 5 aku sendiri sms Kak Ita, dah tahu ke bila boleh daftar bazaar Ramadhan. Dia kata kalau dah tahu nanti baru dia bagitahu.

Apam marble di bazaar tahun lepas
Lagi beberapa hari sebelum tarikh daftar bazaar, tiba-tiba Kak Ita call aku...

Kak Ita bagitau aku, daftar bazaar Ramadhan hari Selasa 19 Mei pukul 8.30 pagi kat Dewan Jubli Intan. Tambah Kak Ita lagi, dia dan suami dapat sms dari Yayasan Johor Bahru. Aku pun berterima kasihlah sebab dia dah bagitau aku. Lepas habis call, aku check handphone aku mana tau kot-kot ada message dari Yayasan jugak. Sekali adalah msg dari nombor tak kenal bagitau hari/masa/tempat daftar bazaar Ramadhan.

Tahun lepas takde plak aku terima msg bagitau time sesuai daftar bazaar Ramadhan. Aku sendiri pergi ke pejabat Yayasan Johor Bahru. Kat pintu pejabat dia ada kertas kena tampal info pasal tarikh, masa dan tempat daftar bazaar Ramadhan bagi kawasan-kawasan tertentu di Johor Bahru. Aku focus pada Jalan Pinang, Taman Daya je.... tempat lain biarkan je lah. Ini kisah tahun lepas, sekarang berbalik pada tahun ni punya cerita.

19 hari bulan Mei 2015, aku nyaris-nyaris tertinggal solat Subuh. Tengok handphone, ada miss call dari Kak Ita. Lepas solat Subuh, aku cepat-cepat bersiap nak ke Dewan Jubli Intan. Aku naik van pergi Kampung Melayu Pandan, aku drive kereta Kancil. Van aku tinggalkan kat Kampung Melayu Pandan.

Pukul 7 lebih baru sampai Dewan Jubli Intan. Sempat lagi aku tegur sorang peniaga air Bazaar Ramadhan tahun lepas. Lepas tu cepat-cepat aku masuk ke dalam Dewan, aku nampak pegawai MBJB pun dah ada. Peniaga-peniaga lain toksah cakaplah memang ada awal-awal lagi. Walaupun masa mendaftar pukul 8.30 pagi tapi dorang lepas Subuh dah ada kat Dewan. Tanpa buang masa aku beratur..

Depan aku ada 3 orang yang memang aku cam muka dorang. Orang pertama dalam barisan, peniaga murtabak beratur. Aku panggil dia tauke murtabak beratur sebab dari 2 tahun lepas aku perhatikan orang sanggup beratur nak beli murtabak dia. Orang kedua dan orang ketiga macam sama-sama berniaga nasi dan kuih-muih. Orang keempat siapa lagi kalau bukan aku penjual dadih sejak 2 tahun lepas lagi kat bazaar Jalan Pinang, Taman Daya.

Masa tengah beratur, Kak Ita siap cucuk aku guna pen. Dia kata "Kenapa akak call tak jawab?"

Aku kata "Tertidur.."

Masa tulis nama tu aku tengok giliran aku tempat ke 54. Fuh memang lewat lak aku daftar tahun ni. Encik Mohd Noor ada tegur dah lama tak nampak aku berniaga sarapan. Spontan aku jawab dah berniaga kat Jalan Nibong sekarang.

Lepas tulis nama, aku salam Abang Sam yang tengah duduk sebelah Kak Ita. Berborak sekejap dengan dorang. Aku bagitau dorang aku dah pindah ke Taman Daya. Sekarang berniaga petang jual pisang goreng.

Kak Ita siap nasihatkan aku kalau berniaga ni tak boleh selalu cuti. Abang Sam pun ada nasihatkan aku pasal tempat strategik nak berniaga tepi jalan. Kalau berniaga kat Jalan Bertam orang tak ramai katanya tapi kalau berniaga tepi jalan kat Jalan Pinang tu memang ramai orang pagi-pagi nak pergi kerja. Apa-apa hal pun aku dah mula berniaga petang..terima kasih atas segala nasihat dan kata-kata semangat dari dorang.

Besan Pak Ja'afar pun ada tegur aku. Aku terkejut bila dia tanya kenapa pindah-pindah berniaga? Aku jawaplah tak selamat dah berniaga kat Jalan Pinang tu sebab ada batu terbang masa orang mesin rumput. Lagipun aku memang baru pindah rumah pun...dengan tempat berniaga sekali pindah.

Ada jugak peniaga lain yang tegur aku. Aku cam muka dia memang ada berniaga bazaar kat Jalan Pinang sebelum ni. Dia pun tegur aku kenapa dah lama tak nampak berniaga sarapan. Aku jelaskan secara simple kat dia yang aku dah pindah. Tempat berniaga pun ikut pindah sekali.

Masa tengah duduk tunggu nama kena panggil isi borang, aku ternampak Encik Rohaizad. Dia tegur dan salam aku. Peniaga yang duduk sebelah aku pun dia salam jugak.

Dalam beberapa minit tunggu, tiba-tiba nama aku kena panggil. Aku pun teruslah ke meja depan ambil borang bazaar Ramadhan under MBJB. Harga borang RM1.00 je. Lepas ambil borang terus aku pergi dekat tempat orang beratur nak fotostat IC dengan buku suntikan.

Tempat fotostat kat dalam dewan jugak. Encik Mohd Nor selaku wakil dari MBJB memang ada bagitau awal-awal kalau nak fotostat dengan dorang kena caj RM1.00. Kalau nak fotostat kat luar pun boleh jugak, bangunan MBJB sebelah Dewan Jubli Intan ada kedai fotostat. Aku malas nak keluar dewan, aku fotostat je la kat dalam dewan ni.

Lepas fotostat IC dengan buku suntikan, aku kena tegur En. Rahman peniaga ikan bakar.

"Laju je jalan!"

Bila kena tegur, aku terus salam dia. En. Rahman bagitau dia terlambat sebab hantar anak dia pergi sekolah sebab tertinggal bas. Datang sini ikut Jalan Skudai pulak, itu yang lambat. Bila aku tanya berapa nombor giliran, dia jawab 98. Dia tanya aku balik, aku jawablah number giliran aku 54.

Masa nak cari tempat duduk nak isi borang, aku ternampak Pakcik Nor. Aku tegur dia dah lama sampai ke. Pakcik Nor kata dia lambat sampai number giliran 96. Spontan aku jawab member kat belakang 98. Pakcik Nor senyum je dengar aku cakap macam tu.

Bila dah dapat tempat duduk, sebelum aku nak isi borang aku ternampak Rehan penjual kebab duduk depan aku. Aku tegurlah Rehan pukul berapa sampai. Dia kata 7.30 dah sampai, kira awallah tu. Tiba-tiba En.Rahman datang salam Rehan sambil tanya number giliran dia berapa. Rehan jawab 70 berapa tah aku tak ingat. Secara spontan aku suruh Rehan tanya balik En.Rahman berapa nombor giliran dia. En.Rahman ketawa sambil kata "Tak payah tanyalah!"

Aku sambung isi borang pendaftaran Bazaar Ramadhan anjuran MBJB. Habis isi borang, aku jalan-jalan nak cari stapler dan gam. Kebetulan masa ni, Pakcik Nor pun dah siap isi borang so aku dengan dia cari sesiapa yang ada stapler dengan gam. Kat meja depan belah kiri dewan ada beberapa peniaga duduk, so aku beranikan diri minta izin nak guna stapler.

Siap stapler borang dengan dokumen-dokumen penting, aku tanya kalau sesiapa kat sini ada gam. Alhamdulillah kat meja yang sama ada lagi sorang keluarkan gam dari beg dia. Dapatlah aku dengan Pakcik Nor tampal gambar berukuran passport kat borang daftar bazaar MBJB. Settle stapler dan gam, aku cari tempat duduk tunggu nama aku kena panggil lagi sekali untuk pilih tapak pulak.

Perempuan tudung merah dengan lelaki baju hijau peniaga air tebu/cendol madu

Lepas kena panggil nama aku, tanpa buang masa aku terus berjalan ke meja depan. Aku nak pilih tapak 34 sebab lepas Abang Sam pilih tapak, dia ada bagitau aku pilih tapak 34 biar sebelah tapak dengan dia. Aku kata boleh je asalkan takde orang lain yang pilih dulu tapak 34. Sekali masa nak pilih tapak tu, aku tengok tapak 34 dah ada orang lain pilih dulu. Last-last aku pilih je la tapak 41.

Selesai urusan memilih tapak, aku terus ke meja belah kanan dewan nak uruskan bayar sewa pulak. Tahun ni punya bayaran sewa naik harga. Sejak dua tahun lepas harga sewa bazaar RM150 tapi tahun ni RM155 kata En. Mohd Nor. Bukan GST tapi bayaran tambahan untuk taklimat katanya.

Lepas bayar sewa akhirnya selesai segala urusan pendaftaran bazaar dengan pihak MBJB. Tunggu masa nak berniaga je lah. Ada masa nanti InsyaAllah aku nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan bazaar kat Jalan Pinang, Taman Daya buat pertama kali.

Sekian dulu buat masa ni...

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.