Tuesday, December 26, 2017

Larangan beg plastik di Johor 2018

Dari dulu lagi saya dah dengar ura-ura Kerajaan Johor nak larang penggunaan polisterin. Ingat lagi masa tahun 2016, ada sorang ahli majlis bagitahu saya tak boleh pakai polisterin lagi. Tahu-tahu je hujung tahun 2017 ni dah keluar statement di Astro Aswani yang Kerajaan Johor kuat kuasa larangan beg plastik dan polisterin bermula 1 Januari 2018.

Johor kuat kuasa larangan plastik bermula 1 Januari 2018.
Macam mana orang Johor?



Petikan dari Astro Awani..

Johor menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik dan polisterin bermula 1 Januari tahun depan. Rata-rata pengguna yang ditemui semasa tinjauan Astro AWANI mendapati mereka bersedia larangan terbaharu itu.


- tamat petikan berita -

Cuba tengok video ni lak..




Menurut video tu, orang Johor dah bersedia beli barang tanpa plastik. Ya ke?  Mungkin sebahagian orang Johor terima dan sebahagian lagi tak boleh terima. Walaupun tak terima tapi terpaksa layankan aje.

Saya sokong polisterin dilarang penggunaannya di Johor tahun 2018 ni. Makanan panas-panas sekali masuk dalam polisterin kan tak elok. Tapi saya tengok harga polisterin tak turun pun sejak petengahan tahun lepas. Itu pun masih ada peniaga yang beli walaupun polisterin naik harga lepas GST dilaksanakan.

Penggunaan plastik tu bukan apa, nanti senang nak buat kumpul sampah. Senang nak buang sekaligus dalam satu plastik Econsave. Kalau plastik Econsave dah takde, terpaksalah beli plastik hitam. Eh, plastik hitam pun kena larang jugak ke? Nanti kita tengoklah macam mana pelaksanaannya di Johor tahun depan.

Peniaga kerepek atau keropok sebelum ni guna plastik lutsinar. Takkan tak biasa tengok kerepek, keropok, kacang dan kuih-kuih kering dalam plastik? Kalau dah laksana kuat kuasa larangan plastik nanti macam mana? Mungkin ada pengecualian bagi plastik lutsinar?

Setiap hari Sabtu takde plastik pun orang dah merungut. Kalau boleh nak elak beli barang hari Sabtu. Beli hari selain Sabtu lagi senang sebab ada plastik nanti senang nak angkat barang masuk dalam kereta. Kalau dah setiap hari takde plastik? Terpaksalah bawak bakul, beg, dulang, nyiru saya tadahkan dan yang seumpama dengannya.

Troli kecik! Bawa troli kecik lagi senang. Kalau troli pasar raya atau hypermarket mana boleh bawak balik. Khas untuk orang yang tinggal di flat. Ada tak orang cipta troli yang mesra tangga sekarang ni? Bawa barang banyak naik tangga pun senang main tarik macam tu je. Bukan semua flat ada lif. Kalau ada lif tapi rosak pun terpaksa naik tangga jugak.

Kita sama-samalah fikirkan penyelesaiannya. Kalau nak protes pun, dorang tetap laksanakan jugak. Ingat GST masa baru-baru nak dilaksanakan? Rakyat benci pun GST tetap dilaksanakan sampai sekarang. Takpelah, tak lama lagi nak kiamat.

Peniaga-peniaga tepi jalan kena cari alternatif nak isi kuih nanti. Selain plastik nak guna apa ye? Paper bag? Bungkus guna pembungkus burger?

Insha Allah pasti ada jalannya. Tiada masalah tak boleh setel. Fikir-fikir nanananana...

Sumber

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.